Pinjaman Pendidikan Yayasan Kuok (Diploma Politeknik Singapura) 2016 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Pinjaman Pendidikan Yayasan Kuok (Diploma Politeknik Singapura) 2016

Yayasan Kuok Berhad mempelawa permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Kuok untuk warganegara Malaysia yang akan memohon atau sedang mengikuti kursus-kursus diploma sepenuh masa di Politeknik Singapura berikut:
  • Politeknik Nanyang
  • Politeknik Ngee Ann
  • Politeknik Republik
  • Politeknik Singapura
  • Politeknik Temasek

Jenis Tajaan Pinjaman Pendidikan Yayasan Kuok:

Bantuan pinjaman penuh atau separuh pinjaman separuh geran pengajian. Bahagian pinjaman untuk bantuan pengajian adalah tanpa faedah dan dibayar melalui ansuran bulanan selepas tamat pengajian.

Nilai pinjaman pendidikan yang ditawarkan adalah sebanyak RM17,000 setahun.

Tarikh tutup: 29 Februari 2016 (Isnin)
Pinjaman Pendidikan Yayasan Kuok (Diploma Politeknik Singapura)
88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2015/2016

Syarat Kelayakan Pinjaman Pendidikan Yayasan Kuok:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • memiliki kelayakan akademik yang baik;
  • Penglibatan yang aktif di sekolah;
  • Pelajar yang memerlukan bantuan kewangan.

Cara Memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Kuok (Diploma Politeknik Singapura):

  • Borang pemohonan boleh dimuat turun dari SINI atau didapati dari:

  • Yayasan Kuok Berhad (Politeknik Singapura)
    Peti Surat 110, Tingkat 16 Menara UBN
    No. 10, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah sampai di Yayasan atau Kaunselor Pelajar / Pendaftaran politeknik masing-masing pada atau sebelum 29 Februari 2016;
  • Hanya calon-calon yang terpilih akan dipanggil untuk sesi temuduga. Temuduga akan diadakan di pejabat Yayasan Kuok di Kuala Lumpur;
  • Untuk pertanyaan lanjut, sila emel kepada general@kuokfoundation.com.



Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)